Monday, 4 November 2013

Mengatasi Alahan Ketika Hamil - Morning Sickness

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Pagi- pagi untuk yang hamil kali pertama memang memenatkan..alami alahan atau morning sickness ketika hamil kena sabar saja la..macam saya dulu anak pertama memang tidak selera makan dan mual waktu pagi...kuatkan saja semangat untuk kerja..Anak kedua alhamdulillah tiada alami alahan.

Ada jugak yang alahan sampai 9 bulan penuh..besar betul pengorbanan seorang ibu untuk anaknya kan..



Ok ,antara Cara Mengatasi Alahan Ketika Mengandung adalah;


1) Makanan


- Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaay perut tidak kosong   walaupuan ibu tidak lapar. Makanlah walaupun sedikit
- Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan yang pedas, berlemak dan bergoreng
- Jika ibu tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak
- Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
- Elakkan mengambil kafein dan merokok

2) Minuman 
- Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari
- Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan
- Pengambilan air halia boelh mengurangkan rasa mual

3) Rutin harian
- Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan
- Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung   kerap berasa letih dan mengantuk
- Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah
- Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual



Ibu yang mengandung pertama kali kerap mengalami alahan 


Shaklee ada menyediakan supplemement dan makanan tambahan untuk ibu hamil. 

hubungi saya untuk info lanjut:

Call/Whatsaap/Wechat : 013-868 6502
FB : https://www.facebook.com/lilikyatik
FB : https://www.facebook.com/koleksiibu
Page Kecantikan & Kesihatan : https://www.facebook.com/CantikSihatSemua
Email : elwai84@yahoo.com


Pengedar Sah Shaklee (892972) di Sandakan, Seluruh Sabah dan Seluruh Malaysia.


No comments:

Post a Comment