Tuesday, 8 April 2014

Ayam Penyet Sandakan

Malam ni mau post resepi ayam penyet yang pernah aku buat dulu.. Alhamdulillah menjadi dan puas hati.

Bahan-bahan A:

Ayam bahagian paha dan ke atasnya 4 ketul (mesti ada kulit)
4 cawan air
1/2 sudu serbuk lada putih
Minyak untuk menggoreng


Bahan-Bahan B.
4 siong bawang putih
sedikit serbuk ketumbar
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Cara-caranya :
Lumurkan ayam dengan bahan B, kemudian masukkan dalam kuali bersama air dan lada putih. Masak ayam sehingga air rebusan kering dan ayam masak.sekiranya ayam tidak masak boleh tambah air lg.
setelah air kering biarkan ayam sejuk. Kemudian lumurkan ayam bersama tepung beras dan goreng sebentar. setelah rangup ketuk ayam atau penyet di cobek menggunakan olekan..sekiranya xada cobek boleh guna sasaban dan parang lebar.

Sambal tomato yang ibukku selalu buat :

Tomato
lada
belacan
garam
gula
perasa


Tumiskan lada, belacan dan tomato kemudian letakkan dalam cobek atau lesung. Bubuh garam,gula dan perasa.Tekan2 bahan tadi dan gaul rasa.

Sedia untuk dihidangkan.. Next time buat insha allah mau ambil gambar dan memang kena ada gambar pun. sebab nya dalam fikiran ni asyik mau buat projek nasi ayam penyet dan boleh deliver ke pejabat dan rumah di kawasan sandakan ni.. Mudah2an menjadi dan tiba masanya. Insha allah...

ndak sabar tunggu suami pulang mau buat lagi tambah dengan buah keras kegemaranku..tau lah orang jawa ni asal masak ayam mesti ada buat keras..

ok la..ni ja dulu perkongsian malam ni..

No comments:

Post a Comment