Saturday, 5 April 2014

ETIKA BERTEMU BAKAL MERTUA

Bertemu Bakal Mertua
Di hujung minggu ada yang rancang mau jumpa bakal mertua?Perkahwinan bukan mau ambil hati anaknya saja, mesti tenangkan hati mertua jugak. Jangan risau,jom ikuti etika ini untuk menjadi menantu idaman.








10 ETIKA bertemu bakal mertua.

1. Bawa Hadiah atau buah tangan 

Tidak semestinya hadiah yang mahal, asalkan datang jangan tangan kosong. Belilah kain sarung atau kain baju..atau kalau di jemput makan bawalah makanan kegemaran mereka seperti buah2an. Tanya lah bakal suami.

2. Ikuti Cara Berpakaian mereka
Jika mereka seorang yang suka berpakaian formal maka pakailah pakaian formal,jika mereka suka berpakaian santai, pakailah pakaian santai. Tapi jangan lupa sopan dan menutup aurat.

3. Puji pasangan di hadapan orang tuanya
Setiap ibu pasti suka mendengar kebaikan tentang anaknya. Ceritakan bagaimana anda bertemu dan bagaimana perilaku nya.Ingat!,ceritakan yang baik saja. Naluri ibu parah kalau mendengar keburukan tentang anaknya.

4. Puji pilihan atau selera bakal ibu mertua
Pujilah dengan ikhlas apa yang anda kagumi dengan bakal mertua anda contohnya susun atur ruang rumah atau masakan bakal mertua. Boleh jugak tanya dengan suami awal2 apa yang bakal ibu mertua suka makan atau masakan beliau yang sangat sedap..Nanti boleh lah jadi bahan perbualan. Boleh minta resepi lagi.

5. Tawarkan Bantuan
Jangan berat tulang bila jumpa bakal mertua. Tunjukkan sedikit kerajinan dan kesanggupan anda membantu mereka seperti mengangkat piring, membasuh atau mengemas meja.

6. Ikuti kebiasaan mereka
Contohnya jika keluarga mereka bangun di awal waktu kemudian makan dan minum ikut jadual. Anda mesti ikut jadual mereka, jangan pulak bandingkan dengan cara keluarga anda ya..

7. Hindari Bermesraan di depan mereka
Hah, yang ni jangan mengada2 mau bermesraan depan bakal mertua ya. Meluat nanti orang tua tengok.

8. Manfaatkan kesempatan berbual
Jangan diam memanjang ja, Berbual lah yang sepatutnya. Pilih topik yang ringan atau biarkan mereka pilih topik perbualan. Contohnya seperti resepi atau isu semasa yang ramai orang tau. Biar mereka banyak bercakap dari anda. Jadilah pendengar yang baik.

9. Berbual atau menegur adik beradik pasangan
Sekiranya ada saudara bersama dengan pertemuan itu, tanyakan lah tentang persekolahan nya atau pasukan bola sepak kegemaran nya dan sebagainya.

10. Mengucapkan terima kasih
Jangan lupa mengucapkan terima kasih melalui ucapan atau hadiah. Pastikan mereka tahu anda menikmati masa bersama mereka dan mereka telah jadi tuan rumah yang hebat.

Itulah 10 etika bertemu bakal mertua. Semoga menjadi menantu idaman.


Dapatkan vitamin kesihatan untuk dihadiahkan untuk bakal mertua anda.
Hubungi saya di 013- 868 6502 atau singgah ke Facebook page Cantik Sihat Semua.

No comments:

Post a Comment