Friday, 6 December 2013

10 TIPS ATASI LOYA SEMASA HAMIL

10 TIPS ATASI LOYA SEMASA HAMIL

1. Ambil biskut atau makanan ringan sejurus anda bangun tidur bagi membantu menyerap asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah anda supaya tidak terlalu rendah.

2. Cuba ambil makanan setiap 2 jam. Makan kerap dalam kuantiti yang sedikit agar perut anda tidak kosong.

3. Makanan makanan yang mengurangkan loya seperti avocado, susu, protein, roti dan lain-lain lagi.

4. Elakkan makanan yang boleh mencetuskan loya seperti makanan yang berminyak , makanan manis, kafein dan terlalu berempah.

5. Legakan perut dengan mengambil minuman berhalia, lemon atau peppermint. Ini membantu menetrulkan asid dalam perut. Langkah mudah pada masa kini adalah mengambil supplement ginger and peppermint.

6. Minum air 10 gelas sehari bagi menggantikan bendalir yang hilang, mengelakkan sembelit dan dehidrasi. Minum dalam kuantiti sedikit dalam satu masa, Jangan minum sekaligus.

7. Jauhkan dari bau-bauan atau makanan yang menaikkan rasa loya anda.

8. Tarik nafas panjang, redha dan fikirkan kegembiraan anda mendapatkan zuriat.

9. Tidur untuk mengelakkan rasa loya

10. Berjumpa doktor sekiranya muntah berterusan untuk mendapatkan ubat tahan muntah.

semoga 10 tips mengatasi masalah loya semasa hamil ini memberi manfaat untuk pembaca semua..

sharing is charing

Mama Damia

No comments:

Post a Comment