Bila bulan 4 saja ini lah selalu bermain di fikiran ku....
E filing...E-filing..E-filing.... Mudah tapi lama baru nak buat...eh lupa bukan e filing untuk aku ni yang mau dibuat..e filing mr husband...tau lah isteri ni kan setiausaha untuk suami yang bekerja jauh nun di sana...
Setakat ni belum lagi aku buat E filing untuk 2013..ada 22 hari lagi habis tempoh.... Bulan 3 dah bayar zakat...bulan 4 kena settle E filing...
ni sebenarnya mau cerita pasal cukai...nanti lah sudah selesai urus E filing aku cerita di sini... ni sengaja luah sekarang supaya aku beringat buat cepat2 e filing tu..hehe
Tuesday, 8 April 2014
Ayam Penyet Sandakan
Malam ni mau post resepi ayam penyet yang pernah aku buat dulu.. Alhamdulillah menjadi dan puas hati.
Bahan-bahan A:
Ayam bahagian paha dan ke atasnya 4 ketul (mesti ada kulit)
4 cawan air
1/2 sudu serbuk lada putih
Minyak untuk menggoreng
Bahan-Bahan B.
4 siong bawang putih
sedikit serbuk ketumbar
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
Cara-caranya :
Lumurkan ayam dengan bahan B, kemudian masukkan dalam kuali bersama air dan lada putih. Masak ayam sehingga air rebusan kering dan ayam masak.sekiranya ayam tidak masak boleh tambah air lg.
setelah air kering biarkan ayam sejuk. Kemudian lumurkan ayam bersama tepung beras dan goreng sebentar. setelah rangup ketuk ayam atau penyet di cobek menggunakan olekan..sekiranya xada cobek boleh guna sasaban dan parang lebar.
Sambal tomato yang ibukku selalu buat :
Tomato
lada
belacan
garam
gula
perasa
Tumiskan lada, belacan dan tomato kemudian letakkan dalam cobek atau lesung. Bubuh garam,gula dan perasa.Tekan2 bahan tadi dan gaul rasa.
Sedia untuk dihidangkan.. Next time buat insha allah mau ambil gambar dan memang kena ada gambar pun. sebab nya dalam fikiran ni asyik mau buat projek nasi ayam penyet dan boleh deliver ke pejabat dan rumah di kawasan sandakan ni.. Mudah2an menjadi dan tiba masanya. Insha allah...
ndak sabar tunggu suami pulang mau buat lagi tambah dengan buah keras kegemaranku..tau lah orang jawa ni asal masak ayam mesti ada buat keras..
ok la..ni ja dulu perkongsian malam ni..
Saturday, 5 April 2014
ETIKA BERTEMU BAKAL MERTUA
![]() |
Bertemu Bakal Mertua |
10 ETIKA bertemu bakal mertua.
1. Bawa Hadiah atau buah tangan
Tidak semestinya hadiah yang mahal, asalkan datang jangan tangan kosong. Belilah kain sarung atau kain baju..atau kalau di jemput makan bawalah makanan kegemaran mereka seperti buah2an. Tanya lah bakal suami.
2. Ikuti Cara Berpakaian mereka
Jika mereka seorang yang suka berpakaian formal maka pakailah pakaian formal,jika mereka suka berpakaian santai, pakailah pakaian santai. Tapi jangan lupa sopan dan menutup aurat.
3. Puji pasangan di hadapan orang tuanya
Setiap ibu pasti suka mendengar kebaikan tentang anaknya. Ceritakan bagaimana anda bertemu dan bagaimana perilaku nya.Ingat!,ceritakan yang baik saja. Naluri ibu parah kalau mendengar keburukan tentang anaknya.
4. Puji pilihan atau selera bakal ibu mertua
Pujilah dengan ikhlas apa yang anda kagumi dengan bakal mertua anda contohnya susun atur ruang rumah atau masakan bakal mertua. Boleh jugak tanya dengan suami awal2 apa yang bakal ibu mertua suka makan atau masakan beliau yang sangat sedap..Nanti boleh lah jadi bahan perbualan. Boleh minta resepi lagi.
5. Tawarkan Bantuan
Jangan berat tulang bila jumpa bakal mertua. Tunjukkan sedikit kerajinan dan kesanggupan anda membantu mereka seperti mengangkat piring, membasuh atau mengemas meja.
6. Ikuti kebiasaan mereka
Contohnya jika keluarga mereka bangun di awal waktu kemudian makan dan minum ikut jadual. Anda mesti ikut jadual mereka, jangan pulak bandingkan dengan cara keluarga anda ya..
7. Hindari Bermesraan di depan mereka
Hah, yang ni jangan mengada2 mau bermesraan depan bakal mertua ya. Meluat nanti orang tua tengok.
8. Manfaatkan kesempatan berbual
Jangan diam memanjang ja, Berbual lah yang sepatutnya. Pilih topik yang ringan atau biarkan mereka pilih topik perbualan. Contohnya seperti resepi atau isu semasa yang ramai orang tau. Biar mereka banyak bercakap dari anda. Jadilah pendengar yang baik.
9. Berbual atau menegur adik beradik pasangan
Sekiranya ada saudara bersama dengan pertemuan itu, tanyakan lah tentang persekolahan nya atau pasukan bola sepak kegemaran nya dan sebagainya.
10. Mengucapkan terima kasih
Jangan lupa mengucapkan terima kasih melalui ucapan atau hadiah. Pastikan mereka tahu anda menikmati masa bersama mereka dan mereka telah jadi tuan rumah yang hebat.
Itulah 10 etika bertemu bakal mertua. Semoga menjadi menantu idaman.
Dapatkan vitamin kesihatan untuk dihadiahkan untuk bakal mertua anda.
Hubungi saya di 013- 868 6502 atau singgah ke Facebook page Cantik Sihat Semua.
MENJAGA KESIHATAN IBU BAPA DAN MERTUA DENGAN SHAKLEE
Ramai orang tua kita yang selalu sakit kaki, sakit lutut dan sakit pinggang kan?... kasian bila mereka mengadu atau kita ternampak mereka nak berdiri pun urut2 kaki dan lutut dulu. Apakata anda hadiahkan set kesihatan shaklee agar tulang dan sendi mereka terpelihara. Jantung juga terjaga.
KELEBIHAN OMEGA GUARD, ADVANCE JOINT HEALTH TABLET DAN OSTEMATRIX.
1. Omega Guard
26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee
===================================
1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout
2. Advance Joint Health Tablet @ AJHT
1. Meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan.
2. Membantu mengekalkan tulang rawan.
3. Memelihara tisu penyambung yang sihat.
3. Ostematrix
Suplemen kesihatan tulang diformulasasi khas dengan campuran nutrien binaa tulang yang berkualiti
tinggi bagi meningkatkan daya penyerapan kalsium dan membantu dalam membina tulang dan gigi yang kuat.
Ostematrikan membekalkan :
1. 1,000mg ( 100% pengambilan harian ) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
2. 400mg ( 100 % pengambilan harian ) megnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
3. 400IU ( 100 % pengambilan harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.
Sayang-sayang ibu bapa dan mertua dengan menitikberatkan penjagaan kesihatan mereka.Jom hadiahkan mereka dengan vitamin shaklee.
Inginkan info lanjut mengenai vitamin untuk ibu bapa boleh hubungi saya.
013- 868 6502
FB : koleksi ibu
Page : Cantik Sihat Semua

SET KESIHATAN IBU BAPA / MERTUA |

Subscribe to:
Posts (Atom)