Thursday, 11 September 2014

SEDAPNYA RESIPI MINUMAN KESIHATAN

Petang ni saya bancuh ESP + Milo + Susu + ais untuk pertama kalinya.... selalunya saya buat suam-suam kuku...ni pertama kali bancuh dengan ais..sangat-sangat sedap....next time boleh buat aiskrim ESP pulak...

Istimewa nya ESP ni boleh bancuh sejuk dan pastinya tidak menghilangkan khasiatnya. Sedap dan berkhasiat itulah pilihan yang tepat.







Apa khasiat ESP Shaklee ni??????


  • Awet muda -  Asid amino amat penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang konsisten adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk Hormon - Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones yang sama dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk Prostat - Membantu mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.
  • Kulit muda remaja - Meransang pembentukan semula kulit dan otot, menurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radiant kulit dan kepejalan otot, percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal Tenaga - membekal tenaga segera dan menguatkan sistem imun. Baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
  • Membantu Membaiki Pigmentasi - Membaiki masalah rambut, pigmentasi, kedutan dan kesan penambahan umur.
  • Membantu Membaiki Memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.

Banyak khasiat minuman yang sedap ni...Sangat sesuai dijadikan minuman harian.
Untuk perrtanyaan dan konsultasi percuma sila jangan segan-silu menghubungi saya. Saya merupakan pengedar Shaklee di daerah Sandakan, Tawau dan juga seluruh Malaysia.

mesej/wassap : 013- 868 6502
FB :  https://www.facebook.com/koleksiibu
Page : Cantik Sihat Semua
emel : elwai84@yahoo.com

 




 

MAINAN KANAK-KANAK

ISLAMIC APPLE LEARNING - RM 35

HUBUNGI : 013- 868 6502






SOFTBOOK - RM35 SEBUAH





15 CARA GEMBIRAKAN ISTERI

Hari ini kita kongsikan pulak 15 cara gembirakan isteri yang saya petik dari majalah PaMa. Semoga ia menjadi panduan untuk para suami untuk menggembirakan sang isteri.


15 CARA GEMBIRAKAN ISTERI


  • Selalu beritahu isteri yang anda sayangkan dia
  • Pujuklah jika dia merajuk
  • Rajin-rajin berikan dia hadiah. Tak perlu yang mahal. Cukup sebagai tanda ingatan anda padanya
  • Sekali-sekala, bantu isteri menjaga anak-anak dan biarkan dia berehat
  • Kalau pandai memasak, masakkan dia makanan istimewa untuk isteri
  • Ringan-ringankanlah tangan membantu isteri membuat kerja rumah
  • Peluk dan ciumlah isteri selalu
  • Tidurlah rapat-rapat dengan isteri
  • Ketika isteri tengah marah, Janganlah naikkan lagi kemarahannya
  • Jangan sesekali lupa tarikh-tarikh istimewa dalam hidup anda berdua
  • Jika isteri tanyakan pendapat anda, berilah jawapan yang ikhlas
  • Sesekali, urut dan belailah isteri terutamanya selepas dia penat melakukan pelbagai kerja rumah
  • Buat apa yang isteri suka dan tinggalkan apa yang dia tidak suka
  • Jangan suka memerintahkan isteri
  • Sesibuk mana pun anda, pasti adakan masa untuk isteri setiap hari

Setiap isteri mendambakan kasih sayang dan belaian para suami. Suami hendaklah sentiasa berusaha untuk menggembikan isterinya.


Wednesday, 10 September 2014

PROMOSI MEALSHAKES DARI SHAKLEE

Promosi gempak dari Shaklee buy 3 FREE 1 pasti jadi rebutan ibu bapa. Mealshakes ni sangat baik untuk dijadikan hidangan harian anak-anak. Hanya satu sudu kecil sehari untuk anak anda dapat membantu tubuh mendapatkan nutrisi yang diperlukan.


PROMOSI MEAL SHAKES SHAKLEE

Mealshakes shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Diperbuat dari bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.


MANFAAT UTAMA MEAL SHAKES

  • Nutrisi lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu
  • membekal Nutrisi kepada sel tubuh - kaya dengan protin yang membantu pembinaan sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
  • Membantu Tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  • Anti-Oksida - mengandungi vitamin A, C, E zink dan selenium
  • Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usuS
manfaat meal shakes


Saya sebagai ibu sangat suka dengan meal shakes dan selalu menyarankan agar setiap anak setahun ke atas diberikan meal shakes. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri kepada anak saya yang mengalami sembelit yang teruk sebelum ini. setelah mengamalkan meal shakes anak saya tidak lagi meneran kesakitan apabila membuang najis.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

sms/call/wassap : 013- 868 6502
FB : koleksi ibu
Page : cantiksihatsemua

untuk area Sandakan saya boleh hantar dan bayar ketika penghantar (COD) manakala untuk ke daerah di Sabah boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran melalui bas atau pos laju. Di semenanjung kita akan menggunakan pos laju atau GDX.



15 CARA GEMBIRAKAN SUAMI

Menjadi tanggungjawab setiap isteri untuk menggembirakan suaminya. Di sini saya kongsikan 15 cara gembirakan suami yang telah saya baca di majalah PaMa. Semoga ia akan menjadi panduan dan amalan isteri menuju ke arah isteri idaman suami.


15 CARA GEMBIRAKAN SUAMI


  • Jangan terlalu mengongkong suami
  • Berilah perhatian pada suami walaupun anda sibuk
  • Jangan sesekali abaikan makan, minum dan pakai suami
  • Sekali-sekala, izinkan suami keluar dengan teman-temannya
  • Percayalah pada suami
  • Jangan kedekut pada suami
  • Kalau anda nampak suami keletihan dan kepenatan, urutlah dia dengan rela hati tanpa disuruh
  • Kalau suami tidak suka mengikut anda membeli-belah, jangan paksa. Minta izinnya untuk anda keluar seorang diri, bersama anak-anak atau rakan-rakan
  • Sentiasa hadiahkan suami dengan senyuman yang paling manis setiap masa
  • Jagalah penampilan anda khas untuk suami
  • Sentiasa beritahu suami dia seorang yang hebat
  • Jangan melarang suami melakukan apa yang diminatinya selagi tidak memudaratkan anda sekeluarga
  • Elakkan daripada menadi pegawai penyiasat yang sentiasa ingin tahu apa yang suami buat dan ke mana suami pergi. Berikan dia sedikit ruang untuk dirinya sendiri
  • Selalulah ucapkan terima kasih pada suami
  • Berikan suami betapa anda sayang dan cintakan dia dengan sepenuh hati

Semoga perkongsian ini memberikan anda semangat untuk berbakti untuk suami...:-)

Monday, 8 September 2014

BALIK KAMPUNG 2014


Lama nya tak ada coret apa2 dalam blog ni...bersarang labah2 sudah...sejak buat persiapan mau balik kampung sampai sudah sebulan dari kampung baru kembali mood ni mau tulis2...

Balik kampung setelah 13 tahun. Flight dari Sandakan - KK- Bali pada 17.07.2014...Masa perjalanan kami tu jugak musibah MH17 ditembak di Rusia... Sampai di Bali stay selama 2 hari sebelum menaiki feri menuju ke Ketapang, Jawa Timur.

Bertolak dari hotel menggunakan van sewa pada pukul 7 pagi dan sampai ke kampung pada pukul 3 petang...Bali dengan kampungku Banyuputih, Rogojampi, Banyuwangi sebenarnya dekat..tapi sebab jalan di Bali dan tanah jawa ni kecil dan terlalu banyak motor..kereta pun jalan 60 ke 80 km p/j saja...tu yang buat lama...dalam feri ambil masa satu jam...Feri sesak sebab zon merokok ada tapi hampir 70 peratus orang merokok jadinya semua tempat ada asap rokok. tapi bila tengok pemandangan laut dan pantai sangat cantik kebiruan dan sangat bersih.

Berpuasa di tanah jawa alhamdulillah hidup dengan bacaan qur'an dari corong2 masjid dan musolla..bezanya bacaan tersangatlah laju berbanding kita di sini.

Raya Puasa hari pertama selepas solat raya ramai keluarga dan jiran2 datang saling memohon maaf dari rumah ke rumah.begitu jugak la kami sekeluarga. seronok jugak lah. Raya kedua sudah sepi. Keluarga dari daerah jauh dan kerabat terdekat saja yang datang untuk makan-makan.

Raya ketiga mendaki gunung belerang di kawah Ijen yang masyhur dengan gelaran "dunia di bawah awan". Kalau pelancong yang ekstream suka datang waktu malam sebab kawah akan mengeluarkan cahaya kehijauan bial malam. Tapi kami percutian keluarga pg waktu pagi.Masa ni aku sudah tau sebulan hamil tp alhamdulillah sebab tekad sangat sampai jugak akhirnya..Naik ke atas kawah tu 3 km...kira2 3 jam berjalan kaki naik dan 2 jam turun ke bawah gunung.

Dari rumah mak aku dekat ja lebih kurang 1 jam naik motor.kami konvoi dengan kazen2 sebanyak 4 motor. Kazen aku yang sorang tengah hamil 6 bulan pun sampai jugak..hehe








Selepas sampai di rumah petang tu badan jadi macam robot...ya lah lepas mendaki gunung naik motor lagi. Bukan nya kita biasa naik motor dengan keadaan jalan gunung galang.sakit pinggang dan kaki. Tapi masih tersenyum2 sebab tercapai hajat mendaki gunung kawah ijen. 

Banyak lagi tempat pelancongan xdapat dikunjungi di Banyuwangi ni..Insha allah kalau ada rezeki  lagi boleh ronda2 lagi.

Flight pulang pada 7.8.2014..4hb tu kami sudah berangkat ke Bali sebab mau jalan2 ke tempat pelancongan di Bali pulak. sesampainya di Bali suami aku demam batuk dan selesma dek kerana terdedah secara dekat oleh wap belerang. Laki aku dan sorang kazen sempat turun ke bawah kawah untuk melihat dengan lebih dekat walaupun kawasan tersebut dilarang untuk pelancong. Hanya pekerja yang mengangkut belerang saja di benarkan turun. Bahaya dengan kecuraman dan wap belerang yang buat kita sesak nafas. Aku pulak masa di Bali ni datang mual2.xboleh cium bau-bauan..Jadinya 3 hari percutian kami di Bali stay di villa saja...Nasib la villa ni cantik dan ada private swimming pool lagi tu... D'sawah villa....memang best dan berbaloi2...:-)

Sudah sebulan rupanya hari ni kami pulang dari Bali.Patutla baru habis mood percutian ni..hehe...
Rindukan suasana tenang dan kehijaun di tanah jawa.. Sawah yang menghijau. Ada rezeki mau mampir lagi, insha alllah..