15 CARA GEMBIRAKAN ISTERI
- Selalu beritahu isteri yang anda sayangkan dia
- Pujuklah jika dia merajuk
- Rajin-rajin berikan dia hadiah. Tak perlu yang mahal. Cukup sebagai tanda ingatan anda padanya
- Sekali-sekala, bantu isteri menjaga anak-anak dan biarkan dia berehat
- Kalau pandai memasak, masakkan dia makanan istimewa untuk isteri
- Ringan-ringankanlah tangan membantu isteri membuat kerja rumah
- Peluk dan ciumlah isteri selalu
- Tidurlah rapat-rapat dengan isteri
- Ketika isteri tengah marah, Janganlah naikkan lagi kemarahannya
- Jangan sesekali lupa tarikh-tarikh istimewa dalam hidup anda berdua
- Jika isteri tanyakan pendapat anda, berilah jawapan yang ikhlas
- Sesekali, urut dan belailah isteri terutamanya selepas dia penat melakukan pelbagai kerja rumah
- Buat apa yang isteri suka dan tinggalkan apa yang dia tidak suka
- Jangan suka memerintahkan isteri
- Sesibuk mana pun anda, pasti adakan masa untuk isteri setiap hari
Setiap isteri mendambakan kasih sayang dan belaian para suami. Suami hendaklah sentiasa berusaha untuk menggembikan isterinya.
No comments:
Post a Comment